Anggota ATM melaksanakan proses menggali pusara Tun Siti Hasmah di Pusara Negara dekat Presint 20 di Putrajaya hari ini.

Kerja gali pusara Tun Siti Hasmah dilaksana ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerja-kerja menggali pusara bagi persiapan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sedang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pusara Negara dekat Presint 20 di sini hari ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, proses penggalian itu dilakukan bermula pukul 2 petang tadi sebelum jenazah Allahyarham dibawa ke Pusara Negara untuk istiadat pengebumian.

Untuk maklumat, tapak pusara itu juga terletak bersebelahan pusara Tun Endon Mahmood yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hari ini, Tun Siti Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar Tun Siti Hasmah dikebumikan dengan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Untuk itu, Perdana Menteri mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan
Tentera untuk membantu pengurusan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di