KEADAAN kemalangan meragut dua nyawa di Kilometer 71, Jalan Mersing menghala Kota Tinggi hari ini. Foto Ihsan bomba

Dua maut kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Dua maut dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Persona dengan Perodua Bezza di Kilometer 71, Jalan Mersing menghala ke Kota Tinggi petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, PBK I Saiful Afiz Sidek berkata pihaknya menerima panggilan kejadian kemalangan itu pukul 4.54 petang sebelum menggerakkan 11 anggota ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi didapati benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dengan sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Terdapat tiga orang mangsa di dalam kereta Proton Persona dan tidak tersepit. Manakala, pemandu Bezza mengalami kecederaan namun tidak tersepit.

“Dua yang maut adalah dua perempuan dewasa yang menaiki Proton Persona manakala seorang lelaki dewasa berusia 56 tahun alami cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya PKO bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung dan mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pihak perubatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan operasi ditamatkan pukul 6.25 petang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di