© Hak Cipta PETRONAS Dagangan Berhad 198201008499 (88222-D).
Hak Cipta Terpelihara.

Setel ialah cara paling mudah untuk menikmati BUDI MADANI RON95 & DIESEL tanpa langkah yang rumit atau menunggu lama. Sahkan MyKad anda sekali sahaja dan seterusnya boleh mengisi minyak tanpa ia. Anda juga boleh menyemak kelayakan dan baki BUDI MADANI RON95 & DIESEL anda sambil menikmati kemudahan tanpa tunai dan tanpa kad sepenuhnya. Selain itu, anda akan terus mengumpul Mata Ganjaran Mesra Rewards, menjejaki perbelanjaan, dan mengurus semua keperluan pengisian minyak dalam satu aplikasi.


Cari 'PETRONAS via Setel' di ruangan carian.
Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat:
Bermula 30 September 2025, warganegara Malaysia yang layak menerima subsidi akan menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah program BUDI95.
Bagaimanapun, anggota polis dan tentera akan diberikan akses lebih awal bermula 27 September 2025 dan penerima STR daripada golongan B40 pada 28 September 2025.
Jika anda tidak layak menerima skim BUDI95, anda perlu membayar pada harga pasaran terkini.
Anda boleh rujuk laman web PETRONAS Mesra di https://www.mymesra.com.my/ atau laman web Setel di https://www.setel.com/latest-fuel-prices-malaysia.
Untuk mendapat kelayakan BUDI95, anda mestilah warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas, mempunyai lesen memandu yang sah dan MyKad yang masih berfungsi. Setiap individu mempunyai siling kelayakan bulanan sebanyak 200 liter untuk pembelian petrol RON95 pada harga minyak BUDI95. Baki kelayakan BUDI95 adalah lebih tinggi untuk pemandu e-hailing.
1. Melalui portal rasmi
2. Melalui aplikasi SETEL
3. Di stesen minyak
4. Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95
Kelayakan bersasar
Baki Kelayakan BUDI95
Pengesahan Digital
Penolakan Serta-merta
Kemas kini bulanan
Terdapat 4 cara untuk anda menikmati BUDI95 di stesen PETRONAS.
Melalui aplikasi Setel
Melalui “PETRONAS via Setel” di aplikasi TNG
Pembayaran melalui kad debit/kredit di terminal pembayaran luar (OPT)
Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.
Melalui terminal pembayaran dalam kedai (IPT)
Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.
Setiap pemandu yang layak akan menerima 300 liter baki kelayakan BUDI95 setiap bulan.
1. Dengan menggunakan aplikasi Setel (disarankan)
2. Di stesen PETRONAS
3. Melalui laman web BUDI Madani
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Budi Madani di:
Jika anda telah gunakan keseluruhan 300 liter kelayakan BUDI95 bulanan anda, sebarang pembelian RON95 tambahan dalam bulan yang sama akan dikenakan harga pasaran terkini.
Ya. Anda boleh kumpul mata ganjaran sehingga 3x mata ganjaran dengan Setel dan 1x mata ganjaran dengan Cardless Mesra.
Sila hubungi Budi Madani di:
BUDI MADANI Diesel ialah program subsidi diesel bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membolehkan rakyat Malaysia yang layak membeli diesel pada harga subsidi. Pelanggan yang layak boleh menikmati subsidi ini melalui pengesahan MyKad di semua stesen minyak. Program ini menggunakan mekanisme yang sama seperti BUDI95.
BUDI MADANI Diesel akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:
Individu:
Akses Awal BUDI MADANI DIESEL kepada rakyat Malaysia yang layak di Semenanjung Malaysia akan menikmati diesel pada harga RM2.15 seliter mulai 27 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026.
Mulai 1 Julai 2026, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati diesel pada harga RM2.10 seliter di bawah program BUDI MADANI DIESEL.
Syarikat:
Syarikat yang layak akan menikmati diesel pada harga RM2.15 seliter di bawah program BUDI MADANI MYSUBSIDI DIESEL - Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0). Untuk maklumat lanjut, sila layari PETRONAS SmartPay.
Individu atau syarikat yang tidak layak di bawah skim BUDI MADANI DIESEL perlu membeli diesel pada harga pasaran semasa yang dipaparkan di pam minyak.
Untuk mendapat kelayakan BUDI MADANI DIESEL, anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah, lesen memandu yang sah, serta pemilik kenderaan berkuasa diesel yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mempunyai cukai jalan yang masih aktif.
Tidak. Penerima sedia ada BUDI Diesel Individu akan beralih secara automatik kepada mekanisme MyKad BUDI MADANI DIESEL dan tidak perlu mengemukakan permohonan baharu.
1. Melalui portal BUDI MADANI
2. Melalui aplikasi SETEL
3. Di stesen minyak
4. Pusat Khidmat Pelanggan BUDI MADANI
Individu yang layak di bawah BUDI MADANI DIESEL akan menerima kuota asas sebanyak 300 liter sebulan, dikongsi antara RON95 dan Diesel.
Ya. Pemilik kenderaan diesel jenis jip dan pikap yang layak boleh memohon kuota tambahan sebanyak 100 liter, menjadikan jumlah kuota bulanan sehingga 400 liter.
Untuk permohonan kuota tambahan, individu boleh merujuk kepada saluran berikut:
Ya. Sekiranya anda layak untuk BUDI MADANI DIESEL dan BUDI RON95, kuota subsidi bulanan anda boleh digunakan untuk pembelian diesel bersubsidi dan/atau RON95 bersubsidi mengikut keperluan anda. Sebarang penggunaan akan ditolak daripada baki kuota bulanan yang tersedia.
Kelayakan bersasar
Baki Kelayakan
Pengesahan Digital
Penolakan Serta-merta
Kemas kini bulanan
Terdapat 4 cara untuk anda menikmati BUDI MADANI DIESEL di stesen PETRONAS.
Melalui aplikasi Setel
Melalui “PETRONAS via Setel” di aplikasi TNG
Pembayaran melalui kad debit/kredit di terminal pembayaran luar (OPT)
Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI MADANI DIESEL.
Melalui terminal pembayaran dalam kedai (IPT)
Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI MADANI DIESEL.
Sila hubungi Budi Madani di:
Ya, anda layak jika anda adalah rakyat Malaysia, kenderaan didaftarkan di Malaysia, dan mempunyai pengesahan pemandu e-hailing dengan lesen PSV yang sah.
Pemandu e-hailing yang layak akan menerima kuota subsidi sehingga 800 liter sebulan.
Untuk maklumat lanjut, pemandu e-hailing boleh hubungi BUDI MADANI di:
Ketahui kelayakan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) untuk kenderaan syarikat anda di www.mysubsidi.kpdn.gov.my.
Jika permohonan syarikat anda lengkap dan memenuhi semua kriteria kelayakan, kelulusan akan diberikan pada hari yang sama.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) untuk syarikat, anda boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667.
Pastikan anda mempunyai surat pengesahan rasmi kelayakan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) untuk syarikat anda daripada KPDN.
Langkah untuk aktifkan kad PETRONAS SmartPay:
Untuk maklumat lanjut, sila layari PETRONAS SmartPay.
Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:
Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) tetapi belum didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:
Kami akan mengemaskini akaun dan aktifkan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) pada kad PETRONAS SmartPay anda setelah kami menerima dokumen-dokumen di atas.
Hanya kenderaan yang telah diluluskan oleh KPDN sahaja yang layak menerima BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS). Sila semak atau buat permohonan kelayakan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) melalui portal rasmi kerajaan.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) untuk syarikat, anda boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667.
Mekanisme BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) adalah berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Oleh itu, anda perlu mempunyai cukai jalan yang sah untuk layak menerima BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS).
Setiap Kad Tunai PETRONAS SmartPay telah dipautkan pada kenderaan yang layak. Jika anda mempunyai kenderaan baru yang layak, sila mohon Kad Tunai yang baru untuk kenderaan tersebut.
Pastikan anda mempunyai surat pengesahan rasmi kelayakan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) untuk syarikat anda daripada KPDN.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi / layari:
Syarikat yang mempunyai baki kelayakan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) yang mencukupi akan menikmati harga BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) secara serta-merta dengan menggunakan kad PETRONAS SmartPay (Prepaid, Postpaid & Cash Card).
Untuk pelanggan baharu:
Pendaftaran boleh dilakukan di portal mysubsidi.kpdn.gov.my.
Setelah mendaftar, syarikat boleh memohon kad minyak daripada syarikat minyak pilihan mereka untuk digunakan di stesen minyak. Anda boleh memohon kad PETRONAS SmartPay di https://www.smartpay.mymesra.com.my.
Untuk pelanggan sedia ada:
Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:
Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) tetapi belum didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:
Syarikat yang mempunyai baki kelayakan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) yang mencukupi akan menikmati harga minyak BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) secara serta-merta dengan menggunakan kad PETRONAS SmartPay (Prepaid, Postpaid & Cash Card).
Harga Individu: RM 1.99
Harga Syarikat: RM 2.15
Untuk memastikan kenderaan syarikat anda dapat menikmati harga minyak BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS), anda perlu memohon kad PETRONAS SmartPay sama ada Prepaid, Postpaid, atau Subsidy ID (Cash Card), bergantung kepada keperluan operasi serta status kelulusan daripada KPDN.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kad PETRONAS SmartPay, sila rujuk PETRONAS SmartPay FAQs - MyMesra.
Ikuti langkah berikut untuk aktifkan kad PETRONAS SmartPay anda seperti di bawah:
Setiap nombor SSM hanya layak untuk satu permohonan BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS). Jika terdapat beberapa nombor SSM yang didaftarkan kepada kenderaan yang syarikat anda gunakan, anda boleh memohon untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) menggunakan setiap nombor SSM secara berasingan.
Anda boleh membuat bayaran untuk akaun PETRONAS SmartPay dengan mudah melalui kaedah pembayaran yang tersedia mengikut jenis akaun anda (prabayar/pasca bayar), iaitu:
Anda juga boleh menyemak baki dan maklumat kaedah pembayaran dalam Penyata Akaun (SOA) bulanan, yang boleh dimuat turun melalui portal SmartPay Online dan/atau dihantar ke alamat berdaftar anda atas permintaan.
Klik sini untuk melihat dokumen yang diperlukan bagi permohonan Kad PETRONAS SmartPay anda.
Ya, anda boleh memohon untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) terlebih dahulu dan menghantar surat kelulusan tersebut bersama permohonan kad PETRONAS SmartPay kepada Mesralink.
Anda boleh mengimbas kod QR yang terdapat pada resit transaksi dan mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan e-Invois transaksi anda. e-Invois tersebut akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan.
Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:
Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) tetapi belum didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:
Semua pelanggan PETRONAS SmartPay (Postpaid, Prepaid, Cash Card) tidak layak menerima Mata Ganjaran Mesra Rewards.
Di bawah program, harga minyak RON95 berbeza mengikut status kelayakan syarikat:
Syarikat yang layak BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS)
Syarikat yang tidak layak BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS)
Kad PETRONAS SmartPay tidak boleh digunakan bersama MyKad anda untuk membeli RON95 dengan harga minyak BUDI MADANI MYSUBSIDI RON95 & DIESEL (SKDS/SKPS) untuk kegunaan syarikat atau kenderaan komersial walaupun anda layak secara individu.
Tanya kru Stesen PETRONAS kami atau hubungi Mesralink