Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Wajar kembalikan Dara, Amoi, Kelat: NRES

29 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan cadangan untuk mengembalikan Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji Osaka (ZTO), Jepun adalah wajar dipertimbangkan dengan serius oleh Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dengan mengambil kira kepentingan awam serta sensitiviti semasa, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Mohamad Adnan.

Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menggesa pihak pengurusan ZTNS untuk memulakan rundingan dengan ZTO bagi menilai keperluan dan mekanisme untuk membawa pulang gajah-gajah tersebut ke tanah air memandangkan kedua-dua zoo berkenaan adalah pihak yang mempunyai obligasi kontraktual.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777771/berita/nasional/wajar-kembalikan-dara-amoi-kelat-nres

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #isutigagajahdiJepun #ZooTaiping #NRES #ZTO