Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Jana RM1 juta setahun, sindiket jual aksesori iPhone tiruan tumpas

30 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Kegiatan menjual aksesori telefon jenama terkemuka iPhone tiruan yang menjana jualan RM1 juta setahun terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka di sebuah gudang di Taman Teknologi Cheng menerusi Ops Jenama pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Pengarah KPDN Melaka, Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, premis tersebut dipercayai telah beroperasi sejak tiga tahun lalu dengan memasarkan barangan tiruan termasuk sarung telefon, fon telinga, AirPods, kabel pengecas serta kotak telefon menerusi platform dalam talian selain diedarkan kepada beberapa syarikat dan ejen.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777928/berita/jana-rm1-juta-setahun-sindiket-jual-aksesori-iphone-tiruan-tumpas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KPDN #Melaka #Aksesori #Tiruan #Iphone