Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kerajaan perkenal elaun pasca cuti bersalin, bantu ibu selepas lahirkan anak - Anwar

A
A
A

Kerajaan akan memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin sebagai langkah progresif bagi menyokong penyertaan wanita dalam tenaga buruh serta mengurangkan tekanan yang dihadapi ibu selepas melahirkan anak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu diperkenalkan susulan dapatan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan wanita, khususnya berumur antara 25 hingga 39 tahun, menunjukkan sedikit penurunan, antaranya disebabkan komitmen materniti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778048/berita/nasional/kerajaan-perkenal-elaun-pasca-cuti-bersalin-bantu-ibu-selepas-lahirkan-anak---anwar

#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #pekerja