in

BSN Raikan Hari Kebangsaan Ke-69 Menerusi Kempen ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’

Collage 1

Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini melabuhkan tirai kempen ‘Cerita Mereka Jiwa Malaysia’ yang berlangsung sepanjang bulan ini menerusi penganjuran Karnival BSN Mikro MADANI di Wisma BSN. Karnival ini menghimpunkan usahawan mikro yang disokong BSN serta komuniti setempat sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.

Kempen ini mengetengahkan keazaman dan kecekalan rakyat Malaysia yang membina sumber pendapatan melalui bidang perniagaan, seterusnya mewujudkan peluang dan menyumbang kepada komuniti di sekeliling mereka. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, BSN menampilkan 69 usahawan mikro daripada pelbagai latar belakang serta budaya yang melambangkan kepelbagaian landskap perusahaan mikro di Malaysia dan disatukan oleh keberanian untuk memulakan langkah membina masa depan yang lebih baik.

Bsn00427 Scaled

“Kisah perjalanan usahawan mikro BSN ini adalah kejayaan yang wajar kita raikan agar dapat terus menjadi inspirasi untuk usahawan lain. Kejayaan mereka ini mewakili hampir 180,000 usahawan mikro BSN, yang membuktikan komitmen BSN untuk terus memperkukuh asas pertumbuhan ekonomi negara.

“Usahawan mikro adalah nadi pembangunan ekonomi negara yang melambangkan semangat keusahawanan rakyat Malaysia. Dengan pelbagai sokongan dan inisiatif Kerajaan, saya yakin usaha-usaha ini dapat membantu mereka membina perniagaan yang lebih mampan,” kata YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, di karnival tersebut hari ini.

Karnival tersebut mengangkat semangat kempen ini melalui pelbagai pameran dan aktiviti yang disertai usahawan mikro BSN, memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali para usahawan serta melihat sendiri produk yang ditawarkan. Pada masa yang sama, BSN juga terus memperkukuh inisiatif pembangunan usahawan dan kewangan sosial menerusi program literasi kewangan yang diadakan di karnival tersebut khusus untuk usahawan OKU daripada MyOKU Preneur serta usahawan desa di bawah KEMAS, Khadijah Artisans dan USAHANITA.

Bsn00370 Scaled

“Menerusi ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’, kami ingin meraikan kisah-kisah ini serta impak positif yang dapat dihasilkan melalui keusahawanan dalam komuniti. Di BSN, sokongan kami tidak terhad kepada pembiayaan semata-mata. Kami mahu melangkah seiring bersama usahawan dalam perjalanan mereka membina perniagaan serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti di sekeliling mereka.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, hampir 5,000 cup sleeve edisi khas bertemakan batik yang diinspirasikan daripada motif batik uniform teller BSN telah diedarkan oleh usahawan yang terlibat kepada pelanggan mereka di seluruh negara. Dihasilkan dengan sentuhan kreatif pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, yang merupakan Sekolah Angkat MADANI BSN 2025, inisiatif ini bukan sahaja menghubungkan keusahawanan dan kreativiti, malah membuka ruang kepada para pelajar untuk berkongsi bakat serta hasil usaha mereka dengan masyarakat,” kata Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Encik Mujibburrahman Abd Rashid.

Seiring dengan berakhirnya kempen ini, BSN kekal komited untuk menyokong usahawan mikro pada setiap peringkat perjalanan mereka, membantu meningkatkan kelestarian perniagaan serta memperkukuh ekonomi dan komuniti setempat yang turut menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.