in

Mangsa Nahas LPT1 ‘Owner’ Secangkir Cafe, Gambar Sekeluarga Sambut Merdeka Di Putrajaya Undang Sebak

Owner Secangkir Cafe Kemalangan Lpt1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang daripada empat mangsa maut dalam kemalangan ngeri yang membabitkan 11 kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh malam tadi merupakan pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang.

Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun dengan kesemuanya menaiki Proton S70.


Berita pemergian mereka sekeluarga mengundang kesedihan dalam kalangan kenalan serta pelanggan yang pernah berkunjung ke kafenya.

Ramai yang meninggalkan ucapan takziah di media sosial, malah ada pelanggan berkongsi kenangan pernah menempah kek daripada Allahyarhamah.

 

View on Threads

 

Gambar sekeluarga di sambut Merdeka di Dataran Putrajaya jadi kenangan terakhir

Lebih memilukan, arwah sempat berkongsi gambar mereka sekeluarga menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, semalam.

Salah satu hantaran arwah disertakan gambar anak lelakinya yang dikenali sebagai Armaan ketika majlis sambutan semalam.

“Wait till you have kid when they say, Armaan happylah mummy hari ni, Armaan suka harini”,” tulisnya.

790023970 17905415448517149 1152517036914687084 N

Status Instagramnya itu turut tular di media sosial selepas dikongsikan oleh rakan-rakan Allahyarhamah yang bersedih atas tragedi menimpa mereka sekeluarga.

Terdahulu, empat maut dalam kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk bas ekspres, lori tangki, trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta.

Menurut laporan, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) bagi mendapatkan rawatan dan bedah siasat dijalankan pagi ini.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.