Skip to main content

Dunia

AS kurang pendekatan serius terhadap isu nuklear, sekatan - Jurucakap Kementerian Luar Iran

Head of Center for Public Diplomacy and Spokesperson  Ministry of Foreign Affairs, Islamic Republic of Iran  -- X Esmaeil Baqaei
Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei berkata Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai pendekatan yang serius terhadap isu nuklear dan sekatan. - Gambar fail

TEHRAN: Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei berkata Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai pendekatan yang serius terhadap isu nuklear dan sekatan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Baqaei mengulas mengenai status terkini rundingan antara Iran dan AS dalam satu program televisyen pada Khamis.

Advertisement

Jurucakap itu berkata sejak setahun setengah yang lepas, setiap kali Iran terlibat dalam rundingan dengan AS mengenai isu nuklear dan penarikan balik sekatan, AS secara serentak melakukan tindakan ketenteraan terhadap Iran dan memperhebatkan sekatan dan bukannya melonggarkannya.

Beliau berkata wujud ketidakpercayaan yang mendalam antara kedua-dua negara, yang berakar umbi sejak sejarah panjang sebelum Revolusi Islam, sambil menambah bahawa AS mengharapkan tuntutan maksimumnya diterima, manakala Iran secara konsisten mengemukakan cadangan berdasarkan penamatan perang dan mewujudkan gencatan senjata.

Mengenai kemungkinan pertukaran orang tengah dalam rundingan Iran-AS, Baqaei berkata banyak negara telah menyatakan kesediaan untuk menjadi perantara, namun orang tengah rasmi kekal Pakistan.

Sementara itu, Baqaei merujuk kepada rampasan kapal Iran oleh AS, dan menyifatkannya sebagai satu tindakan lanun maritim.

Beliau berkata Kementerian Luar telah menyusuli perkara itu melalui perantara Pakistan bagi memastikan pembebasan rakyat yang ditahan.

-- BERNAMA-IRNA

 

Must Watch Video