Skip to main content

Malaysia

Wanita maut dengan 61 kesan tikaman disahkan penuntut kolej - Polis

KOTA BHARU, 18 Jan -- Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohd Yusoff berkata mangsa merupakan pelajar semester ketiga di kolej berkenaan. - Gambar fail/Bernama

KOTA BHARU: Wanita berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman berhampiran kawasan sawah di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam tadi disahkan sebagai penuntut di sebuah kolej tempatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata mangsa merupakan pelajar semester ketiga di kolej berkenaan.

Advertisement

Bercakap kepada Bernama malam ini, beliau berkata polis kini giat memburu suspek terlibat.

Katanya motif kes bunuh berkenaan juga sedang dalam siasatan pihaknya.

Terdahulu, Mohd Yusoff dalam kenyataan memaklumkan mayat seorang wanita ditemukan dengan 61 kesan tikaman di atas jalan berhampiran kawasan sawah Kampung Simah, Ketereh tengah malam tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan terbabit dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video