NURAQILAH dan Zi Yu sedar mereka tidak boleh mengharapkan laluan mudah apabila mula bersaing dengan pemain-pemain berkelas dunia. - FB BAM

Piala Uber: Duo sensasi mahu kekal konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU wanita remaja kebangsaan, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan sedia memanfaatkan pengalaman yang diraih untuk terus membantu skuad Piala Uber negara menjelang saingan suku akhir nanti.

Gandingan naib juara remaja dunia tahun lalu itu berjaya mencuri tumpuan sebelum ini apabila menyumbang mata tunggal buat pasukan negara ketika Malaysia tewas 1-4 kepada Jepun pada aksi terakhir Kumpulan B.

Lebih membanggakan, lawan yang dikalahkan Zi Yu-Noraqilah pada perlawanan tersebut bukan calang-calang pemain memandangkan mereka merupakan pasangan No. 7 dunia, iaitu Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Justeru, Noraqilah menyuarakan kesediaan untuk terus mempamerkan aksi terbaik buat pasukan negara seandainya diberikan kepercayaan bagi menggalas tanggungjawab besar pada aksi suku akhir.

“Sekiranya diturunkan, sudah pasti kami akan bermain dengan penuh bersemangat dan saya tidak mahu fikir terlalu banyak kerana ini adalah acara berpasukan. Kalau jurulatih berikan tanggungjawab, kami akan buat yang terbaik.

“Lawan sesiapa pun, pasti akan sukar kerana sudah sampai ke tahap seperti ini, lebih-lebih lagi kami baru sahaja nak naik. Kami tidak boleh tertekan dan hanya perlu keluarkan permainan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Zi Yu pula menegaskan, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam permainan bagi membolehkan mereka terus menyesuaikan diri dengan corak permainan pemain-pemain elit.

“Corak permainan pemain-pemain ternama ini sangat laju dan kami perlu menyesuaikan diri dengan tahap mereka. Dari segi konsistensi, memang mereka lebih baik, jadi itu yang perlu diperbaiki lagi,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN