Kenderaan yang membawa Saravanan tiba di Ibu Pejabat SPRM.

Saravanan tiba di SPRM untuk isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan serta isteri dan dua anaknya tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini sebentar tadi susulan notis pengisytiharan harta dikeluarkan badan pencegahan rasuah itu.

Timbalan Presiden MIC itu tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah diiringi dua kenderaan lain kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata, notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 itu mengkehendaki empat beranak itu mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan.

Difahamkan, tindakan sama akan dilakukan terhadap seorang lagi anak Saravanan pada November ini kerana masih berada di luar negara.

Saravanan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan hampir RM1.09 juta berkaitan kelulusan 1,000 kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat yang didakwa dilakukan empat tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di