Lebih 30 petugas media hadir bagi membuat liputan pertemuan dan sesi suai kenal bersama Tuanku Nadzaruddin dengan kepimpinan Negeri Sembilan.

Lebih 30 petugas media buat liputan suai kenal Tuanku Nadzaruddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lebih 30 petugas media hadir bagi membuat liputan pertemuan dan sesi suai kenal bersama Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, di sini, hari ini.

Namun, setakat pukul 9.13 pagi, kelibat Tuanku Nadzaruddin dan Menteri Besar masih belum kelihatan.

Difahamkan, Menteri Besar dan barisan Exco kini sedang menjalankan perbincangan di lokasi lain sebelum menghadiri majlis berkenaan.

Pertemuan yang dijadualkan pada pukul 9 pagi ini diadakan bagi sesi suai kenal serta mengeratkan silaturahim antara Menteri Besar dan barisan Exco dengan Tuanku Nadzaruddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di