Mohd. Amir.

‘Pengguna JRTB, boleh tahan atau hubungi saya jika perlukan bantuan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai yang akan pulang ke kampung bermula malam ini menerusi laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), laluan Gerik ke Jeli boleh mendapatkan bantuan kecemasan daripada seorang individu.

Individu tersebut dikenali sebagai Mohd Amir Faizal dan dia terkenal dengan kerja-kerja membantu pengguna jalan raya di laluan berkenaan.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, dia akan bertolak dari Sungai Petani pada petang ini dan akan membuat rondaan pemantauan keselamatan di Jalan Gerik Jeli (JRTB).

Katanya, dia akan berada di sekitar Banjaran Titiwangsa sempena cuti Hari Pekerja esok dan sepanjang rondaan akan menyalakan lampu kuning.

“Pengguna jalan JRTB yang ternampak kenderaan saya boleh tahan saya jika perlukan bantuan.

“Cuma saya minta pengguna untuk memeriksa kenderaan anda termasuk air radiator, tayar ganti dan alatan pembuka tayar ada atau tidak.

“Kalau tak ada kena bagi ada alatan tu semua, jangan ambil mudah tentang perkara ini,”nasihatnya.

Mohd Amir berkata, sekiranya pengguna berada dalam keadaan kecemasan seperti pokok tumbang, kenderaan pancit ataupun kemalangan yang memerlukan bantuan awal boleh menghubunginya di talian 019-5440532.

“Saya akan cuba bantu semampu saya,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di