Nur Insyirah Syakirah (kiri) bersama ibunya Rubita (gambar kecil) yang maut dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing petang tadi.

[KEMASKINI] Ibu, anak maut, bapa parah kereta masuk laluan bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Dua individu yang maut dalam nahas dua kenderaan petang tadi di Kilometer 71, Jalan Johor Bahru-Mersing merupakan anak beranak.

Mangsa maut dikenali Rubita Mohamad, 51 dan juga anaknya Nur Insyirah Syakirah Kamilin, 14.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7.15 petang melibatkan kereta Proton Persona dinaiki sebuah keluarga dan sebuah Perodua Bezza.

Katanya Proton Persona dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 56 tahun bersama dua orang penumpang berusia 51 tahun dan 14 tahun, manakala Perodua Bezza dipandu oleh warga tempatan berusia 27 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Pesona masuk laluan bertentangan lalu bertembung Perodua Bezza.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang Proton Persona telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta tersebut pula mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke unit rawatan rapi Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya pemandu Perodua Bezza tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan masih dalam siasatan pihak polis.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di