suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu bayar sewa, Hugh Jackman tawar peluang peminat tinggal apartment mewah secara percuma

Hugh Jackman memberi secara percuma untuk peminat duduk dirumahnya.

PELAKON Hollywood Hugh Jackman mencuri perhatian apabila menawarkan peluang kepada peminat untuk tinggal secara percuma selama sebulan di apartment mewah miliknya di New York.

Hugh, 57, bekerjasama dengan pengasas Bilt, Ankur Jain menerusi program permainan Rent Free yang memberi peluang kepada peserta bertuah untuk menetap di kediaman berkenaan tanpa perlu membayar sewa.

Berdasarkan carian, apartmen tiga tingkat milik Hugh iti dianggarkan bernilai AS$40 juta (RM162 juta).

Tawaran Hugh itu hanyalah sebulan. 

Apartmen berkenaan mempunyai lima bilik tidur dilengkapi ruang hiburan, bilik rekreasi dan perpustakaan yang boleh diubah menjadi bilik tetamu tambahan.

Hugh dan bekas isterinya, Deborra-Lee Furness membeli apartmen berkenaan pada 2008 dengan harga sekitar AS$33 juta (RM133.7 juta).

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan makin serius, Kendall Jenner anggap Jacob Elordi calon suami

ARTIKEL BERKAITAN: BTS jana RM1.82 bilion menerusi 38 konsert, 2.3 juta tiket terjual

Pada September 2023, apartmen tersebut pula pernah ditawarkan untuk disewa dengan kadar mencecah AS$174,000 (RM704,700) sebulan.

Tawaran Hugh itu membolehkan peminat tinggal secara percuma di kediaman yang pernah disewakan pada harga ratusan ribu dolar sebulan itu dianggap cukup luar biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain