PENYANYI dan komposer Yonnyboii mengakui bukan mudah untuk orang ramai menerima muzik yang dihasilkannya ketika awal pembabitan dalam bidang penulisan lagu.
Menurut Yonnyboii atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 28, perkara itu turut menyebabkan ada pihak kurang yakin dengan kemampuan dirinya sebagai pencipta lirik dan lagu.
Katanya, gaya penulisannya yang ringkas pada ketika itu membuatkan sesetengah pihak beranggapan lirik yang dihasilkan perlu menggunakan bahasa lebih kompleks dan baku.
"Masa awal dulu mereka tak percaya dari segi seni kata sebab kadang-kadang penulisan saya itu agak simple.
“Jadi kadang-kadang mereka mahukan lebih complex pakai bahasa baku.
"Malah kadang-kadang demo pakai suara saya mungkin saya tak sampai satu key, tapi saya dah tahu suara penyanyi saya nak beri," katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut, Yonnyboii berkata keyakinan terhadap hasil karyanya mula meningkat selepas mendapat peluang menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.
Menurutnya, lagu Manis nyanyian Allahyarhamah Siti Sarah menjadi antara titik penting dalam perjalanan kerjayanya sebagai pencipta lagu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



































































































































































