suria

Farisha Irwayu dan Tuan Asmawi sah cerai talak satu, beri laluan madu jadi isteri pertama

Farisha memaklumkan sudah bercerai talak satu dengan suami.

HANYA lapan tahun mengecap bahagia, pelakon era 90-an Farisha Irwayu dan pendakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar sah bercerai talak satu pada Selasa.

Farisha atau Norayu Ghazali, 56, memberitahu mereka bercerai secara ‘fast track’ di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas persetujan bersama.

"Semalam pukul 11.45 pagi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi. 

Farisha mendoakan kebahagiaan buat bekas suami.

Farisha mendoakan kebahagiaan buat bekas suami.

"Kami telah pun bercerai secara ‘fast track’ dengan talak satu dijatuhkan kepada saya atas persetujuan bersama. 

"Maka bermulalah idah saya selama tiga bulan mulai semalam (Selasa)," katanya. 

Farisha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Tuan Asmawi, Pemilik Suara Latar Selepas Azan

ARTIKEL BERKAITAN: Ghairah kongsi demi keuntungan, Tuan Asmawi pesan pengamal perubatan Islam jaga aib selebriti

Dalam pada itu, Farisha turut mengucapkan selamat pengantin baharu buat Tuan Asmawi dan memberi gambaran bekas suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain. 

Kata Farisha, wanita berkenaan kini sudah boleh menjadi isteri pertama dan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah. 

"Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya Tuan Asmawi semoga berbahagia hingga ke anak cucu. 

"Kepada penyondol boleh jadi nombor satu (isteri pertama) sebab awak bukan yang kedua sekarang ini. 

Farisha seperti memberi gambaran rumah tangganya diganggu orang ketiga.

Farisha seperti memberi gambaran rumah tangganya diganggu orang ketiga.

"Dah boleh daftar perkahwinan kalian selepas saya habis idah. Alhamdulillah Allah Maha Adil dan tidak tidur," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan Asmawi mengenai perkara itu tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Untuk rekod, Farisha mendirikan rumah tangga dengan Tuan Asmawi pada 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain