BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahamad Tawfek mengakui dia kini terbuka untuk berkenalan dengan orang baharu selepas melalui episod perpisahan sebelum ini.
Menurut Dr Afifah atau mesra panggil Fie, dia tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh kembali namun menyerahkan soal itu kepada takdir.
“Kalau dah jodoh apa salahnya, cuma saya tidaklah nak berkahwin lagi. Saya ikut saja takdir yang sudah ditetapkan.
“Buat masa ini, saya tidak tutup pintu hati. Saya terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa saja,” katanya.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































