suria

Dah cuba selamatkan rumah tangga, Arash reda jika berpisah dengan Lia Aziz

PEMAIN gitar kumpulan Tree Hill, Arash tidak putus asa berusaha mempertahankan rumah tangganya bersama penyanyi Lia Aziz.

Meskipun hubungan mereka kini sedang melalui fasa sukar, Arash atau nama sebenarnya Arash Azimi Anuar, 28, mengakui perasaan sayang masih kuat dan belum bersedia untuk melepaskan isterinya itu.

Malah, dia masih menyimpan harapan agar segala kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan baik demi menyelamatkan perkahwinan yang telah dibina bersama.

“Saya sebagai suami memang la sayang isteri... malah sekarang ni pun masih sayang dan akan cuba sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga ini.

“Kami sendiri pun sudah mencuba pelbagai cara untuk berbaik tapi buat masa ini apa yang boleh dikatakan saya ikut dan terima saja apa yang berlaku.

“Memang sakit untuk terima ini tapi apa saya cuma boleh mampu berdoa dan berharap semuanya akan baik,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi