suria

Amin Idris bimbang trend normalisasikan dosa, tanda akhir zaman... “Orang begini dipuji, yang tegur pula kena maki”

PENDAKWAH selebriti Amin Idris menyelar trend kandungan lelaki berpakaian wanita dan begitu juga sebaliknya kerana perkara itu secara terang-terangan merupakan dosa besar.

Menurut Amin, 45, perbuatan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malah dibimbangi memberi pengaruh tidak sihat kepada masyarakat terutama golongan muda.

“Dalam hadis, Nabi melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

“Isu ini saya pernah tegur pada pelawak dulu. Alhamdulillah, ada antara mereka yang sudah insaf.

“Cuma kesan daripada apa yang berlaku, kita lihat ada netizen yang mula terikut-ikut dan menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang biasa,” katanya kepada mStar.

Tambah Amin, setiap individu mempunyai pilihan sendiri dalam menentukan pendirian sama ada mahu menormalisasikan perkara yang jelas dilarang atau sebaliknya.

“Pilihan di tangan kita. Sama ada kita mahu menormalisasikan dosa atau kita rasa tidak selesa dengan dosa tersebut,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi