USAHAWAN sensasi Liana Rosli, tampil memberikan pandangan selepas tular video seorang lelaki membuka baju ketika menyertai satu festival muzik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Liana, atau mesra disapa Kak KM, 45, setiap individu mempunyai hak untuk menyertai acara berkenaan, namun haruslah menjaga adab dan batasan.
"Jangan buat benda merapu-rapu macam menari tak pakai baju di tempat awam.
"Tak sesuai, saya ni nampak je pakai baju nampak ketiak, tapi pemikiran masih old school.
"Nak sertai itu hak masing-masing, tapi kalau rasa benda itu tak elok, jangan ikut," katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































