Berang motosikal dihimpit, lelaki disyaki baling batu pecahkan cermin kereta

Tular rakaman berkaitan kejadian di media sosia baru-baru ini melibatkan sebuah kereta dengan motosikal ditunggang seorang lelaki.
Tular rakaman berkaitan kejadian di media sosia baru-baru ini melibatkan sebuah kereta dengan motosikal ditunggang seorang lelaki.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berang dengan tindakan sebuah kereta yang didakwa menghimpit motosikal ditunggangnya di Lebuhraya Sungai Besi-Kuala Lumpur-Seremban, seorang lelaki bertindak membaling batu ke arah kenderaan terbabit dalam kejadian pada Sabtu.

Bagaimanapun, aksi individu berusia pertengahan 30-an itu mengundang padah apabila dia diberkas polis di tepi Jalan Suasa 3, Sungai Besi, kira-kira jam 1.15 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, kejadian berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya atau road rage selepas suspek mendakwa motosikal ditunggangnya telah dihimpit oleh kenderaan pengadu.

Seorang penunggang motisikal mendakwa dihimpit sebuah kereta di Lebuhraya Sungai Besi-Kuala Lumpur-Seremban.
Seorang penunggang motisikal mendakwa dihimpit sebuah kereta di Lebuhraya Sungai Besi-Kuala Lumpur-Seremban.

"Suspek dipercayai tidak berpuas hati selepas mendakwa kenderaannya dihimpit oleh pengadu sebelum bertindak membaling batu ke arah kenderaan terbabit.

"Akibat perbuatan itu, cermin belakang kenderaan pengadu pecah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan perselisihan faham antara seorang penunggang motosikal dengan pemandu sebuah kereta yang dipercayai dirakam papan pemuka sebuah kenderaan lain.

Artikel Berkaitan:

Rakaman itu turut menunjukkan lelaki terbabit bertindak membaling sesuatu ke arah kenderaan terbabit sebelum memecut dari lokasi kejadian.

Rosdi berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

"Permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret selama tiga hari bermula 30 Ogos sehingga 1 September bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Article Details