Hussein (dua dari kiri) menunjukkan antara jenis dadah yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

Gempur sarang dadah, rampasan RM14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALALUMPUR – Taktik licik sindiket dadah menjadikan kondominium sebagai stor dan ‘kilang’ pembungkusan akhirnya tumpas selepas polis menggempur dua lokasi dalam Op Conops pada 12 April lalu.

Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu membawa kepada penahanan tujuh suspek termasuk warga asing di sekitar Putrajaya dan ibu negara.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi berkenaan hasil risikan rapi yang membawa kepada dua siri serbuan berasingan.

“Dalam serbuan pertama di kawasan parkir kondominium sekitar Putrajaya, empat suspek berjaya ditahan sebelum pemeriksaan lanjut di unit kediaman sama menemukan sejumlah besar dadah.

“Serbuan kedua di sebuah rumah teres di Setapak pula membawa kepada penahanan tiga lagi suspek serta rampasan tambahan bahan terlarang,” katanya pada sidang akhbar di sini har ini.

Menurutnya, keseluruhan rampasan membabitkan bunga ganja seberat 170.74 kilogram dan ganja 7.04 kilogram dengan nilai dianggarkan RM13.68 juta.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Disember 2025 dan menjadikan unit kondominium sebagai lokasi penyimpanan serta pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.

“Bagi edaran tempatan, mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing dan kurier, manakala bagi pasaran antarabangsa, sindiket menggunakan keldai dadah dengan menyembunyikan bekalan dalam bagasi,” katanya.

Beliau berkata, setiap suspek mempunyai peranan tersendiri termasuk sebagai kordinator, penghantar, pembungkus dan pengedar.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati beberapa suspek positif dadah termasuk Meth, THC dan Benzo, manakala rampasan ini dianggarkan boleh menjejaskan sehingga 356,000 pengguna,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di