Abu Bakar

Isu kuil haram, judi: Perlis sedia berdepan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang susulan isu perobohan kuil di Bukit Lagi, di sini.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, kerajaan negeri mempunyai hak terhadap tanah milik negeri dan tindakan penguatkuasaan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek.

��Isu saman-menyaman ini biasa. Bagi pihak kerajaan negeri, kita bersedia dan kita tunggulah.

“Kalau ikut Kanun Tanah Negara pun, kerajaan negeri mempunyai hak tersendiri. Ini tanah kita, tanah negeri, kita pertahankanlah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

Katanya, keputusan yang dibuat bukan dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas pertimbangan daripada sudut pengurusan, penguatkuasaan dan aspek berkaitan.

Dalam pada itu, Abu Bakar menggesa mana-mana kumpulan supaya tidak meneruskan sebarang perhimpunan yang boleh membangkitkan sentimen perkauman susulan isu kuil berkenaan.

“Ia terutama sekali Kumpulan Merah, saya syorkan agar hentikan sekiranya ada perhimpunan tersebut. Bagi orang luar Perlis, saya menasihati agar tidak terlibat sekiranya perhimpunan itu diadakan.

“Bagi kumpulan yang mahu mempertahankan kerajaan negeri juga, saya nasihatkan perkara ini dihentikan. Kalau boleh, kedua-dua pihak kita hentikan dan Polis Diraja Malaysia akan menangani perkara ini dengan baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di