ANZARA (tiga dari kanan) menyaksikan persembahan kebudayaan murid Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di Kangar, hari ini.

Bekalan, harga makanan susulan konflik Selatan Thailand dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis memantau perkembangan di Selatan Thailand, khususnya Songkhla dan Satun bagi mengesan awal kesan terhadap bekalan serta harga komoditi makanan di negeri ini.

Pengarahnya, Anzara Azizan berkata, pemantauan dilakukan menerusi Bahagian Maklumat Pasaran meliputi outlet FAMA, pasar awam dan premis berkaitan.

Katanya, berdasarkan semakan terhadap komoditi utama, setakat ini tidak berlaku kenaikan atau penurunan yang ketara kecuali harga telur.

“Kita bukan mahu menunggu sehingga kesannya berlaku. Sebab itu pemantauan dilakukan secara berterusan.

“Sekiranya berlaku kenaikan, perkara itu akan dibawa ke peringkat perbincangan lebih tinggi bersama agensi lain terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di