PETALING JAYA – Terdapat kemalangan kenderaan sehingga menghalang laluan menyebabkan trafik di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam dan Klang sesak teruk pagi ini.
Perkara itu dikongsikan pengguna Threads, Fendyzz menerusi platform berkenaan kira-kira sejam lalu.
Menurutnya, dia terperangkap dalam kesesakan hampir sejam susulan kemalangan yang menghalang laluan.
Seorang lagi pengguna Threads, Aidajasni turut berkongsi keadaan trafik dari Subang menghala ke Shah Alam yang sesak teruk.
Menurutnya, kemalangan berlaku berhampiran kawasan jejantas menghala ke Batu Tiga.
“Jammed (sesak) teruk dari Subang menghala ke Shah Alam gais! Ada accident (kemalangan) dekat area flyover nak ke Batu Tiga,” katanya.
Sementara itu, Farlynanatasha memaklumkan dia turut terperangkap dalam kesesakan berkenaan.
Pengguna lain, Dayuyunaidi pula mendakwa terdapat beberapa kemalangan serta sebuah bas rosak di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kesesakan. – KOSMO! ONLINE














