Bunuh isteri, simpan mayat dalam tong lebih 13 tahun

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Daerah Saitama selepas didapati bersalah membunuh isterinya dan menyembunyikan mayat wanita itu dalam sebuah tong selama lebih 13 tahun. Foto Maya Watanabe
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Daerah Saitama selepas didapati bersalah membunuh isterinya dan menyembunyikan mayat wanita itu dalam sebuah tong selama lebih 13 tahun. Foto Maya Watanabe
A
A
A

SAITAMA – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Daerah Saitama selepas didapati bersalah membunuh isterinya dan menyembunyikan mayat wanita itu dalam sebuah tong selama lebih 13 tahun.

Menurut laporan Japan Today, tertuduh, Hitoshi Hoya, 51, membunuh isterinya, Yoshiharu Hoya, 39, dengan memukul kepala mangsa menggunakan batang besi pengumpil sebanyak dua kali sehingga menyebabkan tengkoraknya pecah.

Kejadian berlaku di apartmen pasangan itu di Tokorozawa, Wilayah Saitama pada 17 Julai 2011.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu menyimpan mayat mangsa di dalam sebuah tong yang diletakkan di sebuah kemudahan stor di Tokorozawa bermula pertengahan September 2011 hingga April 2025.

Mayat mangsa hanya ditemui selepas syarikat pengurusan stor meminta sebuah syarikat kitar semula di Yoshikawa mengutip tong berkenaan pada 17 April 2025 berikutan tunggakan bayaran sewaan unit stor.

Seorang pekerja syarikat terbabit membuka tong tersebut pada keesokan harinya, sebelum menemui mayat wanita berkenaan.

Siasatan polis wilayah Saitama terhadap pemegang kontrak kemudahan stor itu kemudian membawa kepada penahanan Hitoshi sebagai suspek utama kes tersebut.

Dalam pembelaannya, tertuduh mendakwa sering menerima penderaan lisan dan fizikal daripada isterinya yang sukar mengawal kemarahan.

Pada hari kejadian, tertuduh berhasrat untuk menamatkan segalanya, yang akhirnya membawa kepada perbuatan membunuh mangsa.

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Saitama dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana membunuh isterinya dan menyembunyikan mayatnya dalam tong selama lebih 13 tahun
  • Hitoshi Hoya, 51, membunuh isterinya, Yoshiharu Hoya, 39, dengan memukul kepala menggunakan batang besi pengumpil
  • Kejadian pembunuhan berlaku di apartmen pasangan di Tokorozawa, Wilayah Saitama pada 17 Julai 2011
  • Mayat wanita itu disimpan dalam tong di kemudahan stor dari pertengahan September 2011 hingga April 2025 dan ditemui selepas pengurusan stor bertindak atas tunggakan bayaran
  • Hitoshi mendakwa menerima penderaan lisan dan fizikal daripada isterinya sebelum membunuhnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!