Mayat wanita ditemukan dengan kesan tikaman

Polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat wanita. Foto ihsan pembaca
Polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat wanita. Foto ihsan pembaca
A
A
A

KOTA BHARU – Mayat seorang wanita ditemukan dengan kesan tikaman dan berlumuran darah di muka serta badan di atas jalan di Kampung Kubang Getah, Ketereh di sini, lewat tengah malam Jumaat.

Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20-an ditemukan orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap sebelum dipercayai sudah meninggal dunia sebelum orang ramai segera menghubungi pihak polis.

Pihak polis bergegas di lokasi penemuan mayat wanita. Foto ihsan pembaca
Pihak polis bergegas di lokasi penemuan mayat wanita. Foto ihsan pembaca

Mayatnya sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk proses bedah siasat dan mengesan waris.

Pihak polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan mayat itu.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!