Wanita ditemui dengan kesan tikaman disangka mangsa kemalangan

Lokasi penemuan mayat wanita di kawasan jalan dan kiri kanan sawah padi.
Lokasi penemuan mayat wanita di kawasan jalan dan kiri kanan sawah padi.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman di jalan Kampung Kubang Getah, Ketereh di sini tengah malam Jumaat mulanya disangkakan mangsa kemalangan.

Mangsa berusia 20-an itu ditemukan terbaring di atas jalan di laluan gelap dengan sawah padi di kiri dan kanan.

Seorang penduduk, Ahmad Fakrul Nizam Berahim, 46, berkata, dia yang sedang mengemas untuk menutup kedai makan dihubungi jiran yang memaklumkan terlihat seorang individu terbaring di atas jalan.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 100 meter dari kedainya sebelum mendapati seorang wanita dalam keadaan mengiring.

“Pada mulanya saya ingat kemalangan sebab mangsa terbaring di jalan.

“Tapi tak ada kenderaan pula berdekatan dia dan saya juga tidak dengar sebarang bunyi pelanggaran,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan itu pada Jumaat.

Penduduk membantu membersihkan kesan darah lokasi penemuan mayat.
Penduduk membantu membersihkan kesan darah lokasi penemuan mayat.

Dia berkata, wanita itu dilihat mengalami kecederaan pada bahagian leher, pipi dan pinggang kiri selain tudungnya tertanggal.

Katanya, laluan berkenaan gelap tanpa lampu jalan dan terletak di kawasan sunyi di tepi sawah.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak kenal mangsa dan terus menghubungi pihak polis sebaik menyedari keadaannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri mengesahkan menerima laporan penemuan wanita itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!