Mangsa bunuh 61 tikaman disahkan penuntut kolej - Polis

KOTA BHARU - Gadis berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman berhampiran kawasan sawah di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam Khamis disahkan sebagai penuntut di sebuah kolej tempatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa merupakan pelajar semester ketiga di kolej berkenaan.
Bercakap kepada Bernama malam Jumaat, beliau berkata, polis kini giat memburu suspek terlibat.
Katanya, motif kes bunuh berkenaan juga sedang dalam siasatan pihaknya.
Terdahulu, Mohd Yusoff dalam kenyataan memaklumkan, mayat seorang wanita ditemukan dengan 61 kesan tikaman di atas jalan berhampiran kawasan sawah Kampung Simah, Ketereh tengah malam Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan terbabit dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
