Jatuh longkang ketika ambil bola, kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas

Pasukan PPDA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas akibat dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras di sini petang Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden di Kondominium Sri Hijau itu pada 7.08 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 14 minit kemudian.

"Maklumat awal mendapati kanak-kanak berkenaan disyaki jatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola, semasa kejadian berlaku arus longkang deras dan disyaki mangsa dibawa arus," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!