Budak 10 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras longkang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam pada Selasa.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.47 malam sebelum sepasukan enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian pada 8.13 malam.

"Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat.

"Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak bomba sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!