Furanyl fentanyl ancaman baru negara

Furanyl fentanyl merupakan bahan yang sangat berbahaya. - Gambar hiasan
Furanyl fentanyl merupakan bahan yang sangat berbahaya. - Gambar hiasan
A
A
A

PENDEDAHAN dadah sintetik jenis furanyl fentanyl yang dikesan mula menembusi pasaran tempatan melalui kedai penjualan rokok elektronik (vape) menjadi ancaman baharu kepada golongan muda.

Sudah pasti, ia merupakan ancaman penagihan yang menakutkan sekiranya terjebak.

Laporan media pada 2024 menyatakan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan kira-kira 15 pelajar perempuan di setiap sekolah didapati menghisap e-rokok, dengan tiga hingga empat daripadanya mengalami ketagihan nikotin.

Selepas pandemik Covid-19, penggunaan vape menjadi sangat popular dengan bilangan pengguna meningkat sehingga tiga kali ganda.

Bayangkan apabila dadah sintetik ini mula menembusi pasaran vape, sudah pasti rasa ingin mencuba akan timbul khususnya dalam kalangan golongan muda.

Berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, sebanyak 1,670 premis diperiksa dalam Op Vape 1.0 pada 13 hingga 17 April lalu, dengan rampasan 8,091 peranti vape, 5,257 katrij serta 19.67 kilogram dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM4.6 juta.

Antara rampasan utama ialah cecair disyaki furanyl fentanyl seberat 18.55 kg, selain cecair THC, serbuk MDMA dan air ketum.

Untuk makluman, kesemua bahan itu berupaya membahayakan kira-kira 48,050 individu.

Jelas bahawa berdasarkan jumlah rampasan ini, situasi tersebut amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.

Artikel Berkaitan:

Sudah pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melaksanakan operasi susulan.

Individu atau dalang yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas kerana peranan mereka menghancurkan masa depan masyarakat.

Suspek mungkin mengaut keuntungan dengan mudah, sebaliknya mereka yang terjebak akan menderita akibat ketagihan.

Apabila ketagihan berlaku, ia boleh mendorong kepada perlakuan jenayah.

Untuk pengetahuan lagi, furanyl fentanyl merupakan bahan yang sangat berbahaya kerana kesannya dianggarkan 50 hingga 100 kali lebih kuat berbanding morfin dan heroin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!