World #QuranHour erat silaturahim saudara seagama

Sebahagian duta atau pesuruhjaya tinggi menyertai World #QuranHour di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada Rabu.
Sebahagian duta atau pesuruhjaya tinggi menyertai World #QuranHour di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM – Program World #QuranHour bukan sahaja menjadi platform memperkukuh hubungan sesama umat Islam, malah dilihat mampu memberi manfaat besar kepada masyarakat dalam mendekatkan diri dengan al-Quran.

Charge d’affaires Kedutaan Republik Iraq, Ahmed Ghanim Abduljabbar Al Gburi menyifatkan penganjurannya sebagai sesuatu yang sangat baik kerana ia menghimpunkan orang ramai untuk bersama-sama membaca al-Quran, berdoa serta mengeratkan silaturahim antara saudara seagama.

Menurutnya, suasana yang terhasil melalui program itu menunjukkan semangat kebersamaan dalam kalangan umat Islam apabila mereka berkumpul dan saling bertemu antara satu sama lain.

"Orang ramai berkumpul bersama, turut memanjatkan doa dan bertemu saudara serta saudari di sini. Jadi ini sesuatu yang sangat baik.

"Saya fikir program ini sangat baik kerana ia akan menjadi sangat penting dan sangat bermanfaat kepada seluruh umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika hadir program World #QuranHour 2026 di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Rabu.

Selain Iraq, World #QuranHour turut dihadiri duta atau pesuruhjaya tinggi beberapa negara seperti Turkiye, Maldives, Oman, Tajikistan, Persekutuan Rusia, Jordan, Iran, Iraq, Afghanistan, Palestin, Azerbaijan dan Somalia.

Beliau turut menyuarakan harapan agar program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana manfaatnya bukan sahaja dirasai oleh peserta, malah memberi impak positif kepada masyarakat secara keseluruhan.

Tambah beliau, jika program tersebut diteruskan pada tahun hadapan, beliau pasti akan hadir semula bagi menyertai program yang disifatkan sangat penting itu.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH, tahun hadapan saya pasti akan datang. Saya akan datang ke program seperti ini kerana ia merupakan program yang sangat penting dan sangat memberi manfaat kepada saya juga," katanya.

WQH 2026 yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya tahun ini mengangkat Surah al-Muzzammil sebagai surah pilihan dengan tema ‘Membentuk manusia sebelum membina dunia’.

Ringkasan AI

  • Program World #QuranHour merapatkan hubungan sesama umat Islam dan mendekatkan mereka kepada al-Quran
  • Disokong oleh Charge d'affaires Kedutaan Republik Iraq, Ahmed Ghanim Abduljabbar Al Gburi kerana menghimpunkan umat Islam untuk bersama membaca al-Quran dan berdoa
  • Menunjukkan semangat kebersamaan di kalangan umat Islam
  • Diikuti oleh duta dan pesuruhjaya tinggi dari pelbagai negara
  • Ahmed Ghanim berharap program ini diteruskan kerana manfaatnya kepada peserta dan masyarakat umum

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!