'Kami kini dalam proses berpisah' - Marissa

No Image Caption
A
A
A

ANAK kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania berkongsi faktor utama prosiding yang berlangsung di mahkamah pada Isnin.

Menerusi Instastory Marissa mendedahkan prosiding itu ditangguh disebabkan dia masih belum memberi sebarang keterangan bagi kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan,” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama, Marissa turut mengakui dia dan suaminya iaitu Ahmad Aslam kini dalam proses cerai dan berharap semua pihak berhenti membuat kesimpulan dan andaian.

“Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai.

“Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak. Beri sedikit ruang dan tolong jangan buat kesimpulan atau andaian,” ujarnya.

Terdahulu, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama.

Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Aslam telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.

Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, Nuh serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 17 Februari tahun lalu. - Awani

 

 

Ringkasan AI

  • Marissa Dania mendedahkan prosiding mahkamah ditangguh kerana belum beri keterangan.
  • Dia dan Ahmad Aslam kini dalam proses cerai dan memohon tiada andaian dibuat.
  • Aslam melafazkan cerai dua kali iaitu September 2024 dan April 2025, kemudian kembali rujuk.
  • Mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
  • Aslam telah berkahwin dengan Umisya Mazlan pada Julai 2020 dan mempunyai tiga anak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!