Amira Othman umum hamil 30 minggu, bakal timang cahaya mata sulung Jun ini

Amira Othman sahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung dengan usia kandungan mencecah 30 minggu.
Amira Othman sahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung dengan usia kandungan mencecah 30 minggu.
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Amira Othman mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung dengan usia kandungan mencecah 30 minggu.

Memetik Media Hiburan, Amira, 33, berkata, beliau dijangka bakal melahirkan cahaya mata pertama pada Jun ini dan meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.

“Alhamdulillah, sekarang ini saya mengesahkan diri sedang hamil. Usia kandungan sudah mencecah 30 minggu dan Insya-ALLAH saya dijangka bersalin pada Jun depan,” katanya.

Menurut Amira, beliau dan suami, Fattah Amin memilih untuk tidak mendedahkan jantina bayi buat masa ini dan menyerahkan segala ketentuan kepada ALLAH SWT.

Dalam masa sama, Amira berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan dan masih mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa sebelum berehat untuk tempoh berpantang.

“Selagi ada rezeki, saya akan terus bekerja. Selepas itu saya akan berehat untuk tempoh pantang,” ujarnya.

Sementara itu, Fattah Amin turut meluahkan rasa syukur atas rezeki bakal bergelar bapa, selain berterima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakan mereka.

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Saya sangat bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.

Sebelum ini, pasangan itu sering menjadi perhatian apabila timbul spekulasi mengenai kehamilan Amira selepas kemunculannya di beberapa acara.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Amira Othman dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!