Pembongkaran ‘kampung haram’ isyarat kelicikan melampau PATI


Pasukan operasi melaksanakan pemeriksaan ke atas warga asing semasa serbuan penempatan haram di Setia Alam pada Jumaat.
Pasukan operasi melaksanakan pemeriksaan ke atas warga asing semasa serbuan penempatan haram di Setia Alam pada Jumaat.
A
A
A

PEMBONGKARAN pihak berkuasa terhadap ‘perkampungan’ haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di Setia Alam pada Sabtu mencerminkan kelicikan golongan berkenaan dalam membina komuniti tersusun tanpa dikesan dalam tempoh lama.

Kewujudan komuniti yang lengkap dengan surau, kedai runcit, bekalan utiliti dan memiliki kenderaan persendirian itu menunjukkan bahawa penempatan tersebut bukan bersifat sementara.

Ia menggambarkan satu ekosistem sosial yang telah berkembang secara terancang, seolah-olah sebuah komuniti sah.

Apa yang paling merisaukan ialah tahap keberanian PATI yang semakin meningkat. Mereka bukan sahaja berani menceroboh dan menetap, malah membina penempatan kekal di kawasan strategik yang sukar diakses.

Ini menimbulkan persoalan tentang tahap keberkesanan pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa serta kemungkinan wujudnya titik buta dalam sistem penguatkuasaan sedia ada.

Selain itu, pendedahan tersebut memberi kesan besar terhadap keselamatan negara.

Penempatan haram yang tidak dipantau berpotensi menjadi lubuk aktiviti jenayah seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, perjudian dan kegiatan tidak bermoral lain.

Dari sudut sosial pula, kewujudan komuniti tertutup itu boleh menimbulkan konflik dengan penduduk tempatan dan tekanan terhadap kemudahan awam.

Isu berkenaan menuntut peranan pihak kerajaan dalam menangani permasalahan tersebut dengan lebih berkesan termasuk penguatkuasaan secara bersepadu dan berterusan.

Artikel Berkaitan:

Operasi pembongkaran seperti yang dilakukan ini perlu dijalankan secara berkala dengan pemantauan susulan bagi mengelakkan penempatan kembali wujud.

Selain itu dasar imigresen perlu lebih tegas dan jelas khususnya melibatkan proses pengesahan pekerja asing serta kawalan sempadan.

Kerajaan perlu melihat isu ini secara menyeluruh, bukan sekadar operasi tangkapan berkala. Antara langkah penting yang wajar dipertimbangkan:

Masyarakat juga tidak boleh berdiam diri. Sikap toleransi atau ‘tidak masuk campur’ terhadap kehadiran penempatan haram hanya akan memburukkan keadaan.

Penduduk setempat perlu lebih peka dan berani menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Perlu ingat, kes di Setia Alam ini menjadi amaran jelas bahawa isu PATI bukan lagi bersifat terpencil, tetapi berpotensi berkembang menjadi krisis lebih besar.

Jika tidak ditangani dengan tegas dan menyeluruh, tidak mustahil penempatan haram yang kecil ini boleh berkembang menjadi sebuah pekan besar, yang wujud di luar kawalan undang-undang negara.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!