Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri kecuali Terengganu - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 9 malam ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 9 malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka.

Keadaan sama dijangka melanda Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

Di Pahang, kawasan dijangka terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson serta Rembau) dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri serta Limbang manakala Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan).- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!