UNGKAPAN keramat 'seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu' sering kali kita dengar sebagai satu sindiran buat si anak.
Namun bagi sesetengah pihak, peribahasa itu dianggap sekadar retorik yang tidak menggambarkan realiti sebenar di sebalik tabir sebuah keluarga besar.
Malah ada yang mendedahkan satu sisi gelap dalam keluarga, di mana tanggungjawab menjaga kebajikan adik-beradik yang ramai itu sering kali dilepaskan sepenuhnya ke bahu anak perempuan sulung.
Di Thread, seorang wanita berkongsi komen daripada individu yang meluahkan rasa penat yang amat sangat kerana terpaksa menjaga 11 orang adik di usia muda.

Kanak-kanak yang kurang kasih sayang cenderung alami masalah kemurungan. -Gambar hiasan AI
"Aku dah rasa jaga adik-adik bawah aku, 11 orang. Jadi, anak aku sendiri cukup la tiga orang je... aku penat," demikian komen ringkasnya yang tular, seolah-olah menggambarkan betapa trauma itu masih berbekas.
Mempunyai pengalaman sama, wanita ini kemudiannya menyatakan bahawa anak-anak yang tua sering dipaksa menjadi 'ibu' kepada adik-adik tanpa kerelaan.
Lebih menyedihkan apabila dia menggambarkan seolah-olah zaman kanak-kanaknya dirampas demi menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh orang dewasa.
"Anak-anak yang lebih tua wajib jadi 'mak' tanpa rela untuk adik-adik.
- Peribahasa ibu jaga 10 anak disifatkan tak selalu cerminkan realiti.
- Anak perempuan sulung sering dipikul tanggungjawab jaga ramai adik.
- Wanita kongsi pengalaman jaga 11 adik hingga rasa penat.
- Dakwa dipaksa jadi ‘mak’, zaman kanak-kanak seolah dirampas.
- Netizen akui trauma, beri kesan pada kehidupan dan keputusan berkeluarga.
"Kalau tak buat, kena 'bantai', pijak atau libas. Mak ayah buat ekstra job tambah anak untuk cukupkan 30 orang," luahnya dengan nada yang cukup pedih.
Pada masa sama, dia turut menjelaskan, bahawa mendidik anak-anak untuk berdikari adalah perkara yang berbeza dengan menyerahkan 99 peratus tanggungjawab menguruskan rumah tangga kepada anak yang masih kecil.
Pandangannya itu turut dipersetujui oleh seorang lagi pelayar yang mengaku dirinya hidup dalam tekanan kerana perlu memikul tanggungjawab besar di usia muda.
"Saya tak mahu aibkan mak ayah tapi jujur cakap, sebagai anak kedua dan perempuan sulung, saya membesar dengan tekanan melampau.
ARTIKEL BERKAITAN: Jijik tengok bapa rakan! Poligami walau gaji RM2,000, anak pula 'berderet' - "Bilik-bilik dipisah guna langsir"
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri ramai adik-beradik sepakat 2 anak dalam famili sendiri dah mencukupi - “Hidup makin mencabar”
"Bawah saya ada lapan orang adik, mak ayah bekerja. Saya stres macam saya pula yang beranakkan adik-adik tu," luahnya penuh kesal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang mengalami parut emosi semasa kecil turut meluahkan beban dialami.
Malah ada yang mengakui ia turut mempengaruhi keputusan dalam membina keluarga sendiri kerana tidak mahu mengulangi kitaran yang sama.
"Sudahlah kena jadi 'mak' semasa muda, apabila dah tua kena jaga mak sakit pula.
"Nampak jiran yang anak 10 orang, kakak sulung yang kena jaga adik-adik sampai nak ajak bermain pun tak berani," demikian perkongsian netizen.


