KETIKA ramai ibu bapa hari ini mudah melenting sehingga sanggup mengheret guru ke mahkamah hanya kerana isu disiplin, tindakan seorang bapa ini ternyata mencetuskan fenomena yang berbeza.
Bukannya datang untuk menyerang atau menuntut penjelasan dengan nada amarah, lelaki ini sebaliknya memilih untuk 'menyerbu' sekolah anaknya dengan penuh tertib demi memberikan satu penghormatan yang tidak disangka-sangka.
Segalanya bermula apabila si anak pulang ke rumah dalam keadaan trauma dan menangis teresak-esak.
Rupanya dek kerana gagal menjawab kerja sekolah dengan betul, kanak-kanak itu telah dikenakan hukuman rotan beberapa kali oleh gurunya sehingga dia berasa takut untuk melangkah semula ke sekolah.

Setiap anak akan berkongsi situasi yang berlaku di sekolah kepada ibu atau ayahnya. -Gambar hiasan AI
"Semalam anak aku kena rotan dengan teacher dia banyak kali, sebab kerja sekolah dia salah jawab. Dia menangis-nangis takut nak pergi sekolah, jadi aku cakap... tak apa nanti papa pergi sekolah," ujarnya di Thread.
Seperti dijanjikan, dia bersama-sama anaknya ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) berkenaan.
Setibanya di pintu pagar, guru yang dimaksudkan si anak secara kebetulan turut kelihatan.
"Jadi aku terus masuk dengan keadaan anak aku menyorok dekat belakang, dia menangis-nangis sebab kebetulan cikgu tu ada dekat situ.
- Bapa ‘serbu’ sekolah lepas anak dakwa kena rotan.
- Jumpa guru, ucap terima kasih atas didikan anak.
- Anggap ketegasan guru tanda sayang dan mahu anak berjaya.
- Kongsi pengalaman sendiri dibentuk dengan disiplin keras di SJKC.
- Netizen puji tindakan matang, sokong cara didikan.
"Aku terus pergi jumpa, aku cakap dengan cikgu tu... xie xie ni lao shi (terima kasih cikgu) sebab beri tunjuk ajar anak saya, jika ada kesalahan anak saya, mohon beri pengajaran terbaik untuk dia," ujarnya berkongsi perbualan dengan guru terbabit.
Ternyata, tindakan bapa ini ada asasnya.
Sebagai bekas pelajar SJKC, dia sangat memahami bahawa 'kekerasan' dan disiplin ketat gurulah yang telah membentuk jati dirinya sehingga menjadi insan yang berguna hari ini.
Baginya, setiap hayunan rotan itu bukanlah tanda benci, sebaliknya satu azimat buat masa depan si anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak
ARTIKEL BERKAITAN: Pantang ditegur! Baru 10 tahun dah tunjuk kurang ajar, guru geram murid cemerlang baling buku atas meja
Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-ratanya kagum dengan kematangan lelaki ini yang dianggap sebagai seorang bapa yang 'rare' pada zaman serba moden ini.
"Awak seorang bapa yang bagus, anak-anak awak akan berjaya.
"Tahniah, ini yang sepatutnya sebab dulu kita pun dididik sebegitu.
"Saya pernah mengajar di SJKC, ramai ibu bapa macam ni. Semoga nanti anak-anak tuan pun jadi orang berguna suatu hari nanti," demikian reaksi netizen.


