Kesian Dara, Amoi dan Kelat di negara asing

Kisah tiga gajah bernama Dara, Amoi dan Kelat cukup menyentuh hati kerana mereka kini dihantar jauh ke negara asing atas nama pemuliharaan serta kerjasama antarabangsa.
Kisah tiga gajah bernama Dara, Amoi dan Kelat cukup menyentuh hati kerana mereka kini dihantar jauh ke negara asing atas nama pemuliharaan serta kerjasama antarabangsa.
A
A
A

KISAH tiga gajah bernama Dara, Amoi dan Kelat cukup menyentuh hati kerana mereka dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tetapi kini dihantar jauh ke negara asing atas nama pemuliharaan serta kerjasama antarabangsa.

Di atas kertas semuanya nampak meyakinkan dengan istilah kerjasama antara zoo, pelan konservasi dan jaminan penjagaan rapi malah tiga gajah itu masih kekal milik Malaysia.

Namun rakyat melihatnya dengan satu perasaan yang sukar disembunyikan iaitu rasa kehilangan.

Merak Jalanan faham bahawa pemindahan haiwan seperti ini bukan perkara baharu kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha menjadikan gajah sebagai subjek penting dalam program pembiakan, pendidikan dan pemuliharaan.

Bagi sebahagian besar rakyat di negara ini, tiga gajah itu bukan sekadar aset konservasi tetapi khazanah negara.

Bangkit persoalan sama ada Dara, Amoi dan Kelat benar-benar mampu menyesuaikan diri atau sekadar dipaksa menjadi penghuni bandar di negara asing.

Merak Jalanan tidak menolak jaminan kebajikan mereka akan dijaga dengan baik melalui penyediaan habitat sesuai, pemakanan terkawal dan pemantauan kesihatan rapi, tetapi aspek naluri semula jadi haiwan itu perlu diambil kira.

Gajah bukan objek pameran kerana ia makhluk yang mempunyai emosi, hubungan sosial dan memori yang kuat.

Manusia pun tidak akan rasa bahagia jika dipaksa hidup di negara asing, inikan pula haiwan yang habitat asalnya memang di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Mungkin perkara paling penting ialah ketelusan dan keyakinan kerana rakyat mahu setiap keputusan dibuat dengan meletakkan kebajikan haiwan sebagai keutamaan dan bukannya sekadar memenuhi hubungan antarabangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!