[VIDEO] Kanak-kanak lemas: Pasang pagar, penutup longkang di lokasi kejadian

A
A
A

KUALA SELANGOR – Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan aspek keselamatan di lokasi seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam dengan memasang pagar keselamatan serta penutup longkang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah segera itu penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, antara tindakan yang akan dilaksanakan termasuk pemasangan pagar keselamatan serta penghadang atau penutup longkang di lokasi kejadian.

"Kita akan meneliti aspek saiz, ukuran dan kepanjangan struktur keselamatan yang perlu dipasang di kawasan tersebut.

"Pelaksanaan itu mungkin akan diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan atau Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dan saya akan minta ia disegerakan," katanya ketika ditemui selepas menziarah keluarga mangsa di Bandar Puncak Alam di sini pada Khamis.

Amirudin (duduk tiga dari kanan) ketika menziarah keluarga mangsa di Bandar Puncak Alam di sini pada Jumaat.
Amirudin (duduk tiga dari kanan) ketika menziarah keluarga mangsa di Bandar Puncak Alam di sini pada Jumaat.

Katanya, orang ramai khususnya ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan mengelakkan mereka bermain di kawasan berisiko.

"Orang ramai terutama ibu bapa perlu peka dan melarang anak-anak daripada bermain di lokasi berbahaya yang boleh mengundang risiko kehilangan nyawa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Amirudin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas tragedi yang menimpa kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa dibawa arus selepas terjatuh ke dalam longkang ketika dipercayai bermain bola dalam keadaan hujan lebat kira-kira jam 3 petang.

Mayat kanak-kanak lelaki itu kemudiannya ditemukan pasukan bomba di tebing Sungai Buloh, Ijok kira-kira jam 1 petang pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!