Noh, Syazwani ziarah suri rumah didakwa buat kandungan palsu

Noh dan Nurul Syazwani menziarahi Siti Nor Sayikilla (kanan) di kediamannya di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang pada Jumaat.
Noh dan Nurul Syazwani menziarahi Siti Nor Sayikilla (kanan) di kediamannya di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang pada Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR – [DIKEMAS KINI] Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh menziarahi seorang suri rumah yang kini berhadapan dengan kes membuat kandungan palsu berkaitan kenaikan harga bahan api.

Lawatan di kediaman wanita di Kampung Sawah Sempadan Tanjong Karang itu sebagai tanda sokongan moral kepada Siti Nor Sayikilla Mohd Azhar, 31, yang berdepan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Sepang pada Khamis lepas.

Noh berkata, beliau terpanggil untuk turun padang selepas dimaklumkan mengenai kes tersebut yang melibatkan penduduk di Tanjong Karang.

"Saya datang untuk melihat sendiri keadaan Siti Nor Sayikilla dan memberi sedikit sokongan, lebih-lebih lagi dia berdepan situasi sukar.

"Beliau hanyalah suri rumah, suami pula bekerja kampung, selain perlu menjaga anak orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut Noh, keadaan keluarga itu wajar diberi perhatian memandangkan mereka berdepan kekangan kewangan serta tekanan susulan kes mahkamah berkenaan.

Sementara itu, Nurul Syazwani berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan kes selain memastikan bantuan sewajarnya dapat disalurkan.

"Sebagai wakil rakyat, kita ambil maklum keadaan beliau dan akan cuba bantu dari segi sokongan yang diperlukan," tambah beliau.

Terdahulu, wanita itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu melalui akaun Threads miliknya pada 31 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Jun depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!