Peranan pekerja penting pacu ekonomi, pelihara kestabilan negara - Agong

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peranan pekerja amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan kestabilan serta kemakmuran negara terus terpelihara walaupun berdepan cabaran ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim pada Jumaat, Seri Paduka Baginda bertitah, kebajikan pekerja perlu sentiasa diberi perhatian termasuk aspek keselamatan, keseimbangan kehidupan dan peluang pembangunan kerjaya supaya mereka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan para pekerja dalam pelbagai sektor, sama ada di peringkat awam mahupun swasta,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar seluruh pekerja di negara ini sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam menjalankan tugas masing-masing.- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!