suria

Janda berkemban tuala tergamam pintu rumah diketuk pukul 2.30 pagi... Pasangan khalwat buat ‘keras’ bawah selimut!

Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997. -Gambar hiasan

PENGUAT kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan seorang wanita berstatus janda dengan pasangannya kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik di rumah kedai dua tingkat, dekat Johor Bahru, awal pagi Rabu.

Menurut JAINJ, pihaknya menerima satu aduan awam berhubung pasangan berkenaan sebelum melakukan serbuan pada pukul 2.30 pagi.

Ketika tiba, penguat kuasa yang mengetuk pintu menunggu kira-kira lima minit sebelum ia dibuka oleh seorang wanita yang hanya berkemban  dengan tuala.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik berselerak, berbaju tidur tanpa pakaian dalam... Janda dicekup berkhalwat dengan rakan sekerja berstatus suami orang

"Wanita itu cuba menutup semula pintu, mungkin sebelum itu menyangka rakannya yang datang, tetapi penguat kuasa berjaya menghalang.

"Ketika semua lampu dibuka, penguat kuasa mendapati terdapat seorang lelaki yang terbaring dalam selimut di atas katil.

"Apabila diminta bangun, dia hanya berselubung dengan selimut kerana berbogel," demikian menurut kenyataan JAINJ. 

Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri serta tidak mempunyai ikatan kekeluargaan.

"Lelaki ini berusia 20-an, masih bujang dan bekerja di Johor Bahru. Wanita pula berusia 20-an, berstatus janda ada anak dan bekerja di Johor Bahru. Anak wanita itu dijaga oleh ibunya di kampung.

"Bilik berkenaan disewa oleh wanita tersebut. Menurut maklumat pengadu, lelaki itu sering ke bilik sewa wanita berkenaan pada waktu malam.

"Ketika ditanya, lelaki itu memberi alasan singgah di situ kerana tidak sihat dan sekadar berehat," menurutnya lagi.

Menurut JAINJ, pasangan itu kemudiannya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Artikel Lain