Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah dan Sarawak hingga 6 petang

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga jam 6 petang ini. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga jam 6 petang ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Kapit (Belaga) dan Limbang.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar dan Penampang). - Bernama

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!