Pelajar IPG lemas: Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - Maritim Malaysia

Maritim Malaysia tidak menerima sebarang makluman awal berhubung penganjuran aktiviti berkayak, yang menyebabkan dua penuntut IPG Kampus Perlis lemas.
Maritim Malaysia tidak menerima sebarang makluman awal berhubung penganjuran aktiviti berkayak, yang menyebabkan dua penuntut IPG Kampus Perlis lemas.
A
A
A

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak menerima sebarang makluman awal berhubung penganjuran aktiviti berkayak, yang menyebabkan dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis lemas, petang Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya tidak menerima makluman awal berhubung aktiviti itu daripada mana-mana jabatan berkaitan mahupun pihak pengurusan program berkenaan.

"Maritim Malaysia memandang serius insiden membabitkan dua penuntut IPG yang dilaporkan lemas ketika menyertai Program Pendidikan Luar Kampus. Sebarang aktiviti berskala besar di laut atau kawasan perairan terbuka perlulah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada agensi berkaitan.

"Ia bagi membolehkan penilaian risiko dilakukan serta langkah-langkah keselamatan sewajarnya diambil. Ini termasuk pemantauan keadaan cuaca, arus laut, serta kesiapsiagaan aset keselamatan jika berlaku kecemasan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau,dalam konteks kejadian itu, beberapa faktor keselamatan asas juga perlu diberikan perhatian, antaranya penyediaan jaket keselamatan yang mencukupi dan dipakai dengan betul.

"Selain itu, kehadiran jurulatih atau pengendali yang bertauliah dan berpengalaman, penilaian keadaan cuaca dan laut sebelum aktiviti dijalankan, penyediaan pelan tindak balas kecemasan yang jelas.

"Semua pihak dan penganjur program luar dinasihatkan supaya tidak memandang ringan aspek keselamatan ketika merancang aktiviti di laut. Kerjasama awal dengan agensi keselamatan mampu mengelakkan kejadian tidak diingini serta melindungi nyawa peserta,” katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!