Budak tiga tahun maut patah tulang paha disyaki didera

Tiga individu termasuk bapa angkat kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sembilan bulan yang maut disyaki akibat didera dibawa ke mahkamah pada Selasa untuk permohonan reman.
Tiga individu termasuk bapa angkat kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sembilan bulan yang maut disyaki akibat didera dibawa ke mahkamah pada Selasa untuk permohonan reman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menahan tiga individu termasuk bapa angkat bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang dipercayai maut akibat didera pada Isnin.

​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, tangkapan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Payong.

​"Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri, tiada degupan jantung dan tiada tindak balas anak mata.

​"Pemeriksaan fizikal turut menemukan kesan lebam serta luka pada dada dan paha kiri, manakala paha kanan mangsa mengalami bengkak yang serius," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

​Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan komplikasi iskimia anggota badan yang akut (complication of acute limb ischemia).

​"Kecederaan patah tulang paha telah menekan otot dan salur darah utama. Komplikasi ini menjadi parah apabila mangsa tidak menerima rawatan dengan segera," ujarnya.

Menurut Azli, berdasarkan maklumat, mangsa telah tinggal bersama keluarga angkatnya di Kampung Banggol Katong, di sini kira-kira tiga bulan lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati salah seorang suspek iaitu bapa angkat mangsa mempunyai 11 rekod jenayah lampau dan positif methamphetamine," ujarnya.

Jelas beliau, ​kesemua suspek kini direman selama enam hari sehingga 19 April depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

"​Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!