'Budak lima tahun di mulut buaya'

Lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya di tepi pantai Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana, Lahad Datu.
Lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya di tepi pantai Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak perempuan hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di tepi pantai di Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana di sini pada pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lima tahun dikatakan sedang mandi di tepi pantai sebelum disambar haiwan tersebut dan diseret masuk dalam laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi.

Menurutnya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 101 kilometer dari BBP Lahad Datu.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba menjalankan mendapatkan butiran dan difahamkan kanak-kanak tersebut sudah biasa mandi di kawasan berkenaan.

"Namun semasa kejadian, tiba-tiba mangsa telah dibaham dan menurut saksi yang juga penduduk kampung melihat sendiri mangsa sudah berada di dalam mulut buaya tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Susulan daripada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan.

"Operasi SAR sedang dilakukan ketika ini di lokasi dan juga sekitar kejadian," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!